Open Tuisyen Sejarah Tingkatan 5
9 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2026, seorang peserta telah menyertai kelas Open Tuisyen bagi subjek Sejarah Tingkatan 5 di NADI Sungai Bandung. Sesi kelas Tuisyen Sejarah ini telah membincangkan topik Raja Berpelembagaan Dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pelajar didedahkan kepada peranan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan serta peranan rakyat dalam memilih wakil melalui pilihan raya.
Selain itu, fungsi Parlimen dan kepentingan pengasingan kuasa turut dibincangkan bagi membantu pelajar memahami struktur pemerintahan negara dan kepentingannya dalam mengekalkan kestabilan serta keharmonian Malaysia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: